header-irwanalessatyme-

Keyword Pelik

on 9 April 2013

Keyword Pelik | Ada sahaja keyword pelik yang menerjah blog ini sepanjang hari.. Terima kasih sifu!! Sebab banyak beri tunjuk ajar dan sediakan templete yang super duper cantik dan awesome ini.. Berminat?? Jom terjah!! Tempah Design Terbaik Dan Awesome..

keyword+blog+seo

Mana la tak pelik?? Aku sekarang rajin tengok bahagian stats blog, nuffnang.. Mana keyword yang tengah menjengah masuk itu aku mungkin akan upkan kembali.. Dulu aku pun terpinga-pinga tak tahu menda pun tentang blog.. Bermula dari ZERO itu yang aku boleh perkatakan, dan tiada seorang pun yang menghasut untuk memulakan kerjaya aku sebagai seorang blogger..
Ghairah

Laman+Porno



Keyword harian dan mingguan di Blog CCK.. Bukan banyak pun, maklum lah.. Blogger picisan lagi, belum ramai yang sedar akan kewujudan blog ini.. Bertambah hairan dan ajaib.. Aku kah bintang porno itu? Ish itu hanyalah mainan keyword yang smooth and perfect. Tapi jangan terkejut beruk kalau terkena macam aku ni ya.. Sedang buat kajian ada tak tools untuk check keyword yang boleh di gunapakai untuk platform blogspot.. Kalau ada nanti tentu akan buat entry.. Nanti kan ya??


Nota CCK : Namun langkah aku untuk berjaya takkan terhenti, akan aku teruskan walau perit mana pun ujian, akan di tempuh walau payah mana sekalipun.. Kerana aku sudah pandang ke hadapan, takkan sesekali menoleh ke belakang lagi..




Aku Terlupa Dan Sempurna

Aku Pelupa | Lumrah hidup manusia.. Aku ni senang pelupa.. Terkadang terpaksa aku buat reminder dekat handphone yang tak canggih aku ni.. Ish aku pun tak tahu kenapa, senang sangat aku lupa sesuatu tu.. Ada orang cakap terlebih makan semut.. Betul ke??

semut

Semalam aku buat segmen, lupa nak tulis "hanya letak link anda" tu.. Aduhh, hari ini baru perasan.. Sorry kawan-kawan.. Takpe, mungkin kali ni terlupa, lepas ni takkan berlaku lagi.. 

Baru siap format laptop aku ni.. Memang terbaik, aku dapat lah meneruskan entry aku yang tertangguh semalam.. Yeah terbaik!!



Windows+Alienware+2010
Bagi yang gila gaming tentu jeles dengan display yang awesome ni kan??


Windows+Alienware+2010+%25282%2529
Mohon jeles dengan saya :D AMD je kot.. hahaha




Windows+Alienware
Partition 3 : Os lansung tak berat.. 64-Bit lagi ;D

Kerja tengah banyak, sempat lagi menaip entry.. Ish, kerja, kerja, kerja..






Review Blog : 3 Blogger Terpantas

on 8 April 2013

weekly-review


Blogger Terpantas | Blog CCK mencari 3 Blogger Terpantas untuk melayakkan diri anda untuk di review..    Hanya 3 blogger bertuah dan terpantas di cari.. Tiada syarat yang di kenakan.. Blogger yang pernah di review di kecualikan.. Ini kerana memberi peluang kepada blogger lain turut serta dalam segmen yang amat mudah ini..

Jom jadi blogger terpantas!


Bicara Yang Terpendam

Luahan Hati | Bicara Yang Terpendam



Kecewa



Hendak ku berbicara
Namun enggan kau menerima
Aku redha menunggu mu
Rasa hati ini di tusuk duri sembilu.

Sinaran mata mu yang bercahaya
Sungguh mengimbau sanubariku
Jangan kau biarku merana
Hakikat aku mennyintaimu.

Jiwaku kental mengharungi dugaan,
Tapi kau tak pernah memahami hatiku
Air mata ku terus berlinang
Tiada siapa pun yang tahu.

Kini ku serahkan semuanya kepadamu
Neon-neon gemerlapan hilang semuanya.

Bahtera yang ku idamkan telah hanyut
Hilang haluan tanpa bermuara
Tinggal lah aku terdampar
Lemas bersama perit cintamu.


Puisi Kenangan Irwan dan Geng - Kem Jatidiri Nasional 08'

Berpijak Di Alam Nyata

on 7 April 2013

Assalamualaikum..

Malaysia+Aman


Baru beberapa hari Parlimen di bubarkan kehangatan cuping dan gegendang telinga aku kian meruncing.. Ada sahaja yang aku dengar, apa yang aku dengar di pihak A tuduh B, pihak B hentam pula A.. Berpijak di bumi yang nyata, itu yang pasti..

Aku ?? Bukan lah seorang yang terlalu obses terhadap sesuatu ni, tetapi ada hal juga amat menyentuh sensiviti aku sebagai rakyat Malaysia.. Agak kurang sopan jika aku berkata secara terangan di sini, namun bukan lah disebab kan tidak mahu mengambil tahu atau peduli tentang Politik boleh di labelkan sebagai 'bodoh'.. Maaf ya terpaksa mengeluarkan statement seperti ini.. Pada pendapat aku sendiri, lebih baik ada sifat macam itu daripada terlampau pro dan taksub kepada satu tu..

Propaganda yang segala aku dengar, bukan sahaja manifesto yang di laungkan sahaja.. Asalkan dapat memimpin dengan aman, menjaminkan kesejahteraan rakyat dan dapat memartabatkan nama Malaysia sebagai lambang / tanda aras untuk negara Islam suatu hari nanti.. Tak kisah dari mana, yang penting jangan janji hanya di laung, tetapi apa yang mampu dapat.. Itu yang sebenarnya yang di pandang.. 

Perumpamaan yang senang aku kongsikan, jika kita hanya mempunyai RM10, hendak pergi belanja 5 orang kawanya untuk KFC.. Cukup ke?? Tentu tak cukup.. Begitu lah pada negara kita.. Entah la, aku sendiri geleng kepala bila melihat senario macam ini.. 
 
© Blog CCK All Rights Reserved