header-irwanalessatyme-
Showing posts with label Cik Lyeen Blogger Comel. Show all posts
Showing posts with label Cik Lyeen Blogger Comel. Show all posts

Cik Lyeen Review Blog

on 16 April 2013


Cik+Lyeen+Review+Segmen


Assalamualaikum..

Review Blog | Untuk pemenang segmen yang di anjurkan oleh blogger adik manis kita ni, blog CCK mengambil peluang ini untuk mengambil 5 peserta bertuah yang di pilih oleh Cik Lyeen sendiri melalui random.org.. Cik Lyeen kata, segmen ini di sumber aspirasikan dari segmen Blogger Terpantas .. Terima kasih Cik Lyeen.. Jom kita terjah siapakah yang bertuah!

Belog+Fakhruru
http://fakhruru.blogspot.com/

  • Santai dan tenang bila masuk ke Blog Jejaka Terhangat di pasaran ini, Fakhruru menggunakan templete yang santai dan kemas dengan widget yang sempoi, header yang awesome, dan dihiasi dengan susunan widget yang superb kemas.
  • Blog yang ringan, salah seorang blogger yang bakal akan naik nama nya suatu hari nanti. 
  • Entry nya yang mempunyai banyak segmen dan join GA, tetapi bermotifkan sebagai galakkan kepada blogger yang membuat segmen / GA itu sendiri malah menambah rakan kenalan.
  • Menggunakan tagline "Lebih Awesome Daripada Biasa".
  • Blog CCK pernah mereview blog ini suatu ketika dulu dan Fakhruru ternyata telah membuat kajian tentang penggunaan Tabbed Widget amat ringkas/ ruang sidebar juga akan lebih kemas.. Terima kasih Fakhruru.
  • Rating blog : 4.5/5.
  • Jom berkenalan dengan Fakhruru ! [ SINI ]

Si+Pink+Merah+Jambu
http://pinkylady687.blogspot.com/
  • Fully pink! itu yang terpacul keluar bila tekan link yang di berikan oleh Cik Lyeen.. Woww memang menarik dan kena dengan si pemilik blog.. Mungkin memang menyukai warna pink.. Tapi takpe, pink kan comel.
  • Templete kemas, tidak serabut dengan widget yang membebankan.
  • Load blog ringan mungkin di bahagian sidebar tidak banyak widget.. Memang ini yang sepatutnya, tetapi terpulang juga kepada pemilik blog.. Jika selesa boleh juga letak banyak.
  • Tagline " Si Pink Merah Jambu".
  • Keserian blog ini ditambah lagi dengan menggunakan satu page satu entry.. Memang terbaik..
  • Rating Blog : 4/5.
  • Jom berkenalan dengan Si Gadis Merah Jambu . [ SINI ]

Siti+Zawiah+Life
http://sitizawiah95.blogspot.com/
  • Kemas blog ini.. Templete yang ringan, tanpa widget yang boleh memberatkan loading blog.
  • Pemilik blog in juga menyediakan perkhidmatan untuk edit blog, so sesiapa yang berhajat untuk menempah, boleh menghubungi beliau.
  • Bahagian header yang permenent / kekal tidak bergerak mungkin akan menambahkan seri blog ini lagi.
  • Blogger yang banyak join segmen dan GA yang di buat oleh rakan blogger, wajar di ikuti sifat ini.
  • Rating Blog : 4/5
  • Jom berkenalan dengan Siti Zawiah. [ SINI ]

Bicara+Hati+Dot+Blogspot
http://sharfynarzmiss.blogspot.com/
  • Susunan blognya yang kemas, dihiasi dengan backround blog yang nyaman sahaja bila melihat.
  • Sidebar yang mempunyai widget yang kemas susunan nya, tidak terlampau banyak dan tidak terlampau sedikit, yang sedang-sedang sahaja.
  • Load blog ini memang ringan,seriusly dengan internet yang slow (menggunakan hotspot) pun masih mampu membuka blog ini dengan pantas..
  • Blogger yang telah 3 tahun bertapak, tahniah. Dan paling penting bila nak blogwalking ke sini tentu lama sebab layan lagu blog ini, tidak la terlampau keras. Memang sesuai dengan hati yang sedang lara ini.
  • Rating untuk blog : 4.5/5
  • Jom berkenalan dengan pemilik blog. [ SINI ]

Istikharah+Cinta
http://diarikuwaniesyazwani.blogspot.com/
  • Kuning menjadi pilihan blogger ini untuk di jadikan theme blognya. Memang cantik dan tidak terlalu memberatkan mata.
  • Ruangan sidebar pada pendapat Wan boleh di kemas kan lagi. Penggunaan tabbed widget yang ternyata akan memberikan impak kepada blog anda dengan mengemaskan lagi susun atur widget dan ruang antara sidebar juga dapat di kurangkan.. Ianya nampak berkesan kerana anda juga menggunakan skill 1 page 1 entry. Di situ akan membuatkan blog anda menjadi kemas.
  • Contoh widget yang boleh di tabbed widget : Bloglist, Blog Archieve, label.. Cuba cari tutorialnya di google. Jika mengalami masalah boleh hubungi saya di chatbox.
  • Widget Follower itu juga jika di bahagian sidebar tentu lebih menarik.
  • Rating untuk blog ini : 4.5/5
  • Jom berkenalan dengan pemilik blog. [ SINI ]

Ok selesai sudah mereview peserta yang bertuah di blog Cik Lyeen.. Nantikan setiap hari Sabtu blog ini akan menukar blog pilihan mingguan.. Hari Ahad pula buat Segmen Blogger Terpantas, sama ada blog CCK memilih 3 atau 5 blogger yang terpantas untuk melayakkan diri mereka di review..

Nota CCK : Berkongsi pendapat itu perlu untuk memantapkan diri,jika ada terguris hati Wan menyusun sepuluh jari. Dan terima kasih Cik Lyeen kerana memberi peluang untuk blog ini mereview dalam segmen Cik Lyeen kali ini. 



Segmen: Cik Lyeen REVIEW blog!

on 12 April 2013

 Assalamualaikum..

Review Blog | Yang di buat dari blogger comel ini.. Jom ramai-ramai join.. Semamangnya tertunggu ada rakan blogger buat segmen serupa ini.. Hope sangat bertuah.. :D

Segmen+Cik+Lyeen+Comel
Tekan banner ini perlahan-lahan..



JOM! Apa lagi.. Moh kita join..

Nota CCK : Kebuntuan idea melanda, di samping kerja yang melambak dan keadaan diri yang tak beberapa nak sihat..


5 Blogger Terpantas :Review

on 1 April 2013

Assalamualaikum..

Review Blog | 5 Blogger Terpantas yang dapat komen pada entry 5 Blogger Terpantas.. Kali ini semua blogger yang di review di"WAJIB"kan untuk review kembali blog ini, tak kisah apa pun kutukan, asalkan membina dan saling bertukar pendapat.. Bukan bertujuan untuk menyiksa tapi kira adil la kan.. Hehe.. Tanpa berlengah masa lagi,jom review 5 Blogger Terpantas ini..

Header+Din+Graphic
http://dingraphic.blogspot.com/

  • Keseluruhan, templete ini menampakkan kematangan, dari struktur CSS, sidebar yang kemas.
  • Ditambah pula dengan header yang awesome, cantik.
  • Kemas susunan, templete yang menarik, jenis font yang di pakai memang sesuai..
  • Load blog ringan dan tidak terlalu menggunakan widget yang boleh menambahkan berat blog.
  • Blogger sudah pun berblogger sejak tahun 2010, lamanya.. Nampak kematangan dari segi entry yang di taip. Itu beza nya blogger yang lama dan yang baru.
  • Rajin buat doodle, potret.. Bagus.. Memang lawa hasil bro buat.. Boleh tempah vektor dari blogger ni.. Memang cun la dia buat..
  • Caya tak?? Boleh pergi ke link INI.
  • Terjah : Din Graphic!

capture-20130401-131754
http://ihazaliza.blogspot.com/

  • Blog pink ini memang lawa.. Kemas, dan teratur tak kira la di bahagian sidebar mahupun post.. Bahagian sidebar nampak kemas kerana tidak banyak widget. 1post 1page memang akan menampakkan lagi kekemasan templete ini.
  • Curser comel la, mana dapat.. Saja tanya, sebab nak tahu. Tapi memang kena pada blog awak.. Kalau blog ini pakai?? Oh! Ada yang muntah pelangi.. Hehe saya tak sesuai kot.
  • CBox kemas di "hide".. Lebih cantik jika edit colour dan width widget tersebut.. Cuba sesuaikan dengan width blog anda, atau pun anda terpaksa mengubah width blog anda, terpulang mana satu.
  • Buatkan scroll box pada widget blog archieve, ianya amat mudah untuk pengunjung blog anda untuk membaca entry yang lepas dan dengan pasang scroll box itu juga akan lebih tonjolkan lagi kekemasan dan ruangan sidebar akan lebih jimat.
  • Mula berblogger pada tahun 2011. 
  • Terjah : Iha Zaliza

capture-20130401-140700
http://sherlyanna-angiela.blogspot.com/

  • Tema hijau blog ini.. Templete kemas.. Sidebar teratur dan tidak banyak widget..
  • Kalau pandai bermain coding blog, boleh ubah templete ini supaya tampak lebih kemas. Kalau boleh hindarkan di bahagian post 'transparent', agak sukar untuk membaca keseluruhan isi post anda.. Gunakan warna putih atau pun cream, supaya bersesuaian dengan jenis font dan warna font.
  • Curser pun comel,buat sendiri ke?? Blog ini juga ada sediakan ruangan banner atau iklan.. Bagi blogger yang berminat untuk letak iklan cepat-cepat hubungi blogger ini.
  • Di bahagian footer blog, widget Mister' Linky juga boleh letak scroll box untuk kemaskan strukturnya. Widget ini juga boleh di jadikan sebagai bloglist. Memang ada kegunaanya. Blog CCK juga pernah menggunakan widget ini dahulu, kini hanya menggunakan blog kedua untuk berblogwalking atau pun ikut pada dashboard.
  • Rajin join segmen dan GA.. Support rakan blogger di samping tambah kenalan, ada rezeki boleh menang hadiah. Perlu di contohi.
  • Jom terjah : A Secret Journey

capture-20130401-144222
http://thisismylife-eyka.blogspot.com/

  • Kemas blog ini.. Warna tema yang sangat sesuai.. Pink + Turquoise = Awesome! Gabungan yang sempurna akan menghasilkan satu templete yang sangat menarik.
  • Kekemasan blog ini juga di tambah dengan sidebar yang menarik, susunatur widget yang kemas.
  • Penggunaan font yang sangat sesuai dengan blog, 1 post 1 page memang jelas.
  • Blogger ini juga pandai membuat vektor, memang kreatif blogger ini.. Nak tengok hasil karya blogger ini?? Jom terjah SINI.
  • Keseluruhan blog ini memang cantik, dan kena dengan pemiliknya.
  • Jom terjah : Vespa & Me

capture-20130401-150602
http://dewisyifaindehouse.blogspot.com/

  • Blogger terakhir untuk segmen ini adalah Cik Lyeen.. Memiliki templete yang lawa dan di hiasi dengan cupcakes.. Psstt! Manis orangnya macam cupcakes juga..
  • Templete kemas, Soft Blue + Pink = memang gabungan yang sempurna.. Entry nya yang kemas, kadang-kala simple tapi mempunyai aura nya yang tersendiri.. 
  • Sidebar dan post kemas, di samping menggunakan jenis dan warna font yang amat bersesuaian sekali dengan templete.
  • Blog CCK juga turut berada di dalam bloglistnya yang bertajuk "Cupcakes Sweet" ,cuba korang tengok takut aku sahaja yang berkhayal lebih :D.
  • Mula berblog sejak tahun 2010, wahh lama dah, 3 tahun dah bergelar seorang blogger, Blog CCK ni baru sahaja nak mencapai usia setahun pada July ini.
  • Jom terjah : Cik Lyeen Cupcakes
 

Tamat dah review, maaf atas kelewatan.. Sebenarnya sangat-sangat sibuk dengan tiba-tiba.. Dari awal pagi tadi taip entry ini dan baru pada masa ini sempat di siapkan dan publish.. Bagi blogger lain yang nak join, mungkin blog CCK akan membuat segmen ini pada setiap hari Ahad, itu pun jika tiada aral melintang.. 

Mohon review kembali blog ini dengan seikhlas hati, tidak kisah di kutuk/ sebagainya.. Segalanya aku akan terima dengan seikhlas hati.. Maju lah blogger untuk Malaysia..




Uncle Gedek VS Cik Lyeen Cupcakes!

on 15 February 2013

Assalamualaikum..

Uncle Gedek Vs Cik Lyeen Cupcakes

Siapa tak kenal Uncle Gedek? Ish apa?? Tak kenal?? Beliau ni pemilik blog Begins At Forty yang di mana setiap entry dia pasti akan meletakkan gambar beliau yang posisi, memek muka yang sama.. Mesti korang 
tak percaya kan?? Cuba la tekan link tu..  Or boleh lihat antara yang keluar bila search pada google image..


Uncle+Gedek

Kan?? Betul tak.. Tapi korang mesti takkan percaya di sebabkan ini lah Uncle Gedek di kenali ramai.. Kalau korang buat boleh ke macam ni?? Tentu kita tak boleh kan?? Unik, uncle gedek mempunyai keunikan yang tersendiri.. 


Cik Lyeen Cupcakes  blogger yang semakin hari semakin di kenali.. Blogger yang mempunyai wajah yang comel, ada lesung pipit yang mmmm memang mengancam lah.. Ada yang tak kenal lagi ke blogger ni?? Ala kesian nya korang kalau tak kenal lagi.. Blogger yang berasal dari Negeri Di Bawah Bayu ni sedang belajar lagi di kampus IPG KL..


 Memang tak sah setiap entry beliau wan tak terjah sebab Blogger ni ada dalam senarai bloglist.. Memang bertambah rapat, bukan sahaja di blog, malah di facebook, di twitter.. Pada mulanya segan nak bertegur, tapi blogger ni memang peramah, rajin drop comment di blog orang lain, malah untuk pengetahuan korang blogger ini juga di dalam carta top 30 pengomen tegar blog ni.. Memang terbaik la..

734621_440343752705165_393219602_n

Comel kan?? Haiii.. Sambil menulis entry ni aku mendengar lagu Milik Siapa kah Gadis Ini yang di popularkan oleh Allahyarham Sudirman yang juga merupakan lagu kegemaran aku juga.. Betul tak?? Nampak kan lesung pipit ni.. Memang comel la :)

p/s : Thanks Lyeen sebab wan sampai sekarang tak menyangka wan akan dapat penghargaan macam tu.. Maaf wan curi gambar untuk entry ni.. Lain kali mana tau ada peluang nak snap depan-depan ke.. Hehehe :D


 
© Blog CCK All Rights Reserved