Assalamualaikum..
Kali ini nak kongsi sedikit topik yang agak suam-suam kuku panasnya, berkenaan dengan Sakit Mental.. Ini adalah pendapat peribadi sahaja ok.. Pada pendapat IA la, ini merupakan satu habit atau tabiaat sahaja, bukan menjadi kegilaan, ini hanya sebagai kebiasaan.. Kita sekarang di zaman dunia penuh dengan teknologi yang cukup canggih..
Terciptanya media sosial seperti keek, instagram, blog, facebook, youtube mahupun apa sahaja di zaman ini melahirkan ramai aktivis sosial yang banyak mendatangkan pro daripada kontra.. Dapat dilihat zaman ini ramai yang boleh mendatangkan keuntungan dan sumber pendapatan melalui sosial media ini.. Ini merupakan langkah yang sangat bijak.. Pandai mengambil peluang.. Ada juga yang berpendapat, ini adalah satu fenomena, dan pastinya mengambil peluang untuk mengikuti peredaran zaman..
Jika satu masa dahulu, di era Hip-Hop banyak yang membawa radio yang besar di tepi telinga, sedangkan pada masa itu sudah pun tercipta pemain MP3 yang menggunakan earphone.. Peredaran zaman, terpulang pada indiividu itu sendiri , selesa untuk ikut atau terpaksa itu adalah keperluan atau kemahuan anda.. Terserlah pada anda.. Anda sendiri yang menilai..
Pada IA sendiri lebih baik macam ini dari memuat naik gambar atau video yang bukan-bukan.. Kan?? Pada IA la, situasi yang IA nampak sekarang ni masih belum lagi di tahap kegilaan, tetapi cuma kebiasaan lumrah peredaran zaman..